Assalammualaikum semua dan selamat sejahtera :) selamat datang ~ hope this blog bring goods to all readers .. enjoy reading :)

Wednesday, 25 April 2018

Manukan Island short trip 2018

Holaaaaa awak, 
menjengah semula kat blog ni setelah hampir nak setahun.



Harini aku nak kongsi pengalaman aku pergi ke Pulau Manukan Sabah pada bulan februari tahun ini. Dari dulu aku mahu pergi pulau tapi baru kali ini dapat jejak kaki kat pulau sekitar kota kinabalu. Aku nak kongsikan tips (x berapa nak tips sangat) based pengalaman aku. Sebelum itu, aku nak bagitau sebenarnya ada lagi 3 buah pulau sekitar pulau manukan yang mana korang cuma perlu bayar entry fee iaitu sebanyak rm5. Penjaga kaunter akan bagi korang pass masuk(mcm kupon) dan korang leh guna pass tersebut untuk masuk ke pulau lain dalam masa sehari sahaja ok!.

Ok next, aku nak share tips, tips ni mungkin sesuai untuk yang nak pergi pulau for the first time or untuk student macam aku.

1. Cari agent yang menawarkan trip ke pulau(lebih kurang macam travel agency la). For what? untuk dapatkan maklumat lanjut sebelum korang planning bajet kewangan. Macam group trip aku, kami dapatkan info dari seorang senior sekolah which is agent untuk trip ke pula-pulau area kota kinabalu. Takpun, bagi sesiapa yang nak direct ke jesselton point tu, boleh terus masuk dan cari la booth trip pulau. 

2. Bawa makanan dari rumah. Saya pasti korang tau yang pulau-pulau merupakan tempat pelancongan. Oleh itu makanan sangatlah mahal melainkan korang ada banyak bajet. Group saya pula masing-masing membawa makanan, ada yang bawa air untuk minum dan makan bersama-sama.

3. Aktiviti air. Mostly apa yang korang buat kat pulau adalah tanggungjawab diri sendiri. Korang nak mandi boleh menyelam ka apa tanpa menggunakan safety vest. Mostly aktiviti air seperti sea walking memerlukan safety tools yang mana anda perlu menyewa beberapa alatan. Even safety vest pun anda boleh sewa iaitu sejumlah rm10. Masa korang nak decide dengan agent kat booth yang disebutkan awal tadi, mereka akan tanya aktiviti apa yang korang nak main. Tipsnya kalau nak main air, sewa satu guna bergilir-gilir. Duit boleh share antara member okay sebab masing-masing guna. Jimat dan boleh main aktiviti air.

4. Pakaian. Pakaian ganti kena standby ada sebab korang memang akan basah. Masa aku pergi, aku kata kat group aku taknak mandi sebab nak ambil gambar pemandangan ja. Guyss, nasib aku bawa pakaian ganti sebab end up aku join juga group aku mandi laut hahaha. 

Okay guys, aku rasa ni sahaja tips aku yang dapat bagi berdasarkan pengalaman aku. Btw, untuk tambang kitorang haritu untuk student adalah RM 34 untuk satu pulau sahaja:
1)RM 21(tambang boat) , rate biasa RM23
2)RM 8(Cukai)
3)RM 5(Entrance Fee) 

Thanks sudi baca dan plan la trip pulau kamu sebaiknya. Untuk next trip aku share lagi di post yang lain.

Monday, 29 May 2017

26.05.2017

Assalammualaikum dan salam ramadan semua :)
Setahun dah tak jengah ke blok kesayangan ni huuu ~



            Pada tarikh 26/05/2017 secara formalnya fyp selesai yeayy..terasa kejap sahaja masa berlalu dan aku pun bakal menamatkan pengajian selama tiga tahun setengah. Feeling semua bercampur happy, sedihh lega, dan sebagainya.. selepas ni, aku akan g praktikal pulak :) doakan aku gais hee ~
Btw, sempena bulan ramadan ni aku nak ucapkan selamat berpuasa dan beribadah ! Fighting !

Monday, 27 June 2016

Giveaway Ramadhan dan Syawal by Asyu Asyura


      Assalammualaikum dan selamat sejahteraa to u olls ,


Jom dapatkan giveaway dari Kak asyu novelis dari blog Ceritera dari Otak Biasa !! Grab Cepatttttt

Tarikh tutup : 29/6/16

link : Giveaway by kak Asyu



Bila jiwa tinggalkan badan
maka nafas berhembus pergi
bila ada bulan ramadhan
maka mari sucikan diri  - :)

cc : http://www.zimosy.com/2016/04/pantun-ramadhan-lucu.html


see u guys later