Assalammualaikum semua dan selamat sejahtera :) selamat datang ~ hope this blog bring goods to all readers .. enjoy reading :)

Wednesday 25 April 2018

Manukan Island short trip 2018

Holaaaaa awak, 
menjengah semula kat blog ni setelah hampir nak setahun.



Harini aku nak kongsi pengalaman aku pergi ke Pulau Manukan Sabah pada bulan februari tahun ini. Dari dulu aku mahu pergi pulau tapi baru kali ini dapat jejak kaki kat pulau sekitar kota kinabalu. Aku nak kongsikan tips (x berapa nak tips sangat) based pengalaman aku. Sebelum itu, aku nak bagitau sebenarnya ada lagi 3 buah pulau sekitar pulau manukan yang mana korang cuma perlu bayar entry fee iaitu sebanyak rm5. Penjaga kaunter akan bagi korang pass masuk(mcm kupon) dan korang leh guna pass tersebut untuk masuk ke pulau lain dalam masa sehari sahaja ok!.

Ok next, aku nak share tips, tips ni mungkin sesuai untuk yang nak pergi pulau for the first time or untuk student macam aku.

1. Cari agent yang menawarkan trip ke pulau(lebih kurang macam travel agency la). For what? untuk dapatkan maklumat lanjut sebelum korang planning bajet kewangan. Macam group trip aku, kami dapatkan info dari seorang senior sekolah which is agent untuk trip ke pula-pulau area kota kinabalu. Takpun, bagi sesiapa yang nak direct ke jesselton point tu, boleh terus masuk dan cari la booth trip pulau. 

2. Bawa makanan dari rumah. Saya pasti korang tau yang pulau-pulau merupakan tempat pelancongan. Oleh itu makanan sangatlah mahal melainkan korang ada banyak bajet. Group saya pula masing-masing membawa makanan, ada yang bawa air untuk minum dan makan bersama-sama.

3. Aktiviti air. Mostly apa yang korang buat kat pulau adalah tanggungjawab diri sendiri. Korang nak mandi boleh menyelam ka apa tanpa menggunakan safety vest. Mostly aktiviti air seperti sea walking memerlukan safety tools yang mana anda perlu menyewa beberapa alatan. Even safety vest pun anda boleh sewa iaitu sejumlah rm10. Masa korang nak decide dengan agent kat booth yang disebutkan awal tadi, mereka akan tanya aktiviti apa yang korang nak main. Tipsnya kalau nak main air, sewa satu guna bergilir-gilir. Duit boleh share antara member okay sebab masing-masing guna. Jimat dan boleh main aktiviti air.

4. Pakaian. Pakaian ganti kena standby ada sebab korang memang akan basah. Masa aku pergi, aku kata kat group aku taknak mandi sebab nak ambil gambar pemandangan ja. Guyss, nasib aku bawa pakaian ganti sebab end up aku join juga group aku mandi laut hahaha. 

Okay guys, aku rasa ni sahaja tips aku yang dapat bagi berdasarkan pengalaman aku. Btw, untuk tambang kitorang haritu untuk student adalah RM 34 untuk satu pulau sahaja:
1)RM 21(tambang boat) , rate biasa RM23
2)RM 8(Cukai)
3)RM 5(Entrance Fee) 

Thanks sudi baca dan plan la trip pulau kamu sebaiknya. Untuk next trip aku share lagi di post yang lain.