Wajahmu yang muncul dibenakku,
Kau ilhamkanku dengan pelbagai peristiwa itu,
Yang mana kau sentiasa memberi semangat buatku.
Saat aku sepi melayari hidup,
Kau berikan aku senyuman manismu,
Tika aku hilang dalam dugaan,
Kau tarik peluk aku dalam dakapanmu,
Saat kau pergi tanpa aku,
Aku menangis meratapi dirimu,
Aku ingin kau kembali padaku.
Kerna rindu itu sering bertamu,
Andai kau ada melihat nukilanku ini,
Aku ingin kau tahu,
Kau mengajar aku erti rindu,
Kau mengajar aku mengenangmu,
Dengan itu aku harap kau juga merindui insan ini.
No comments:
Post a Comment