Assalammualaikum semua dan selamat sejahtera :) selamat datang ~ hope this blog bring goods to all readers .. enjoy reading :)

Tuesday, 11 October 2022

Life at Ranau - 3 years missing from blog

Hi guys, after 3 years since 2018 aku kembali di blog tercinta.

Siapa tau rupanya dalam kesibukan aku mencari kerja pada tahun 2018, aku telah mendapat kerja sebagai asst purchasing di company construction. Aku diminta untuk bertugas di Ranau pada mac 2019 dan maka bermula lah kehidupan ku di tempat baru iaitu Ranau. 

Ranau aku boleh katakan suatu tempat yang special, beza berbanding kehidupan aku masa di belajar di Labuan dan Bangi. Mungkin kerana di Ranau aku memulakan kerja pertamaku dalam hidup. Sebagai seorang dewasa dan sebagai seorang yang mencari arah kehidupan.

Bertemu dengan pelbagai orang, masing-masing dengan personaliti yang bermacam-macam namun membawa memori yang sukar diungkap. Selamanya sebagai suatu kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Sepanjang aku di Ranau, boleh aku katakan bakat menyanyi orang ranau sangat hebat biar perempuan mahupun lelaki. Setiap minggu ada sahaja acara karaoke ๐Ÿ˜‚.  

Keindahan Ranau pun cantik, kawasan bukit, dekat dengan kundasang, hari-hari nampak Gunung Kinabalu sehingga sesekali aku rindukan pantai di KK. Semasa aku di Ranau, aku tinggal di Taman Mamut Villa, di tempat itu, aku dapat tau tentang Lombong Mamut. Pemandangannya yang sangat cantik!

Tempat makan di Ranau pun best, KFC nya sahaja yang buat aku geram sebab tiada coleslaw tapi aku dengar tahun ni dah ada coleslaw tapi nda sempat aku rasa. Alahai. Mau makan di ranau, kena pandai pilih juga sebab mostly kedai adalah no pork tapi kau akan nampak ramai juga orang muslim makan. Antara kau ragu atau kau yakin.

Bila mau sebut pasal kerja, tempat aku kerja di ranau adalah di Tapak Projek MRSM Ranau. Masih lagi dalam pembinaan sejak tahun 2018 tanah dibuka. Cuaca sangat memainkan peranan dalam industri pembinaan. Aku dapat ilmu baru, pengalaman kerja yang sangat bermakna. Aku paling suka bukit belakang ofis sebab view dia sangat special bagi aku.

Bila aku mengimbau kembali kenangan, aku terfikir di manakah puncanya aku berpaling hati? adakah sejak covid yang menyebabkan seluruh industri terhenti termasuk company aku yang menyebabkan aku terkandas di Ranau sebab takda kenderaan nak balik rumah di KK, adakah disebabkan environment work yang aku rasakan toxic atau sebenarnya aku mengejar pekerjaan yang lain kerana aku tak tahan kerja yang seperti no life? Hurmmm....

Dec 2021, adalah bulan terakhir aku berada di bumi Ranau. Aku tidak teruskan contract, meninggalkan company bersama 6 orang lain juga yang pergi mengejar kerja lain. Gathering kerap minggu- minggu terakhir. Farewell yang tidak ku lupakan. Terima kasih semua. People left, memories stay. Terima kasih untuk kenangan, tunjuk ajar yang pasti ku bawa untuk kehidupan mendatang.

Cara hantar kereta dari sabah ke semenanjung - my own experience ~ 2022


picaxia2022


                       Hello guys, bertemu kembali setelah sekian lama...

Post kalini aku nak share pengalaman aku membawa kereta kesayangan dari Sabah ke Semenanjung. Berlaku pada hujung bulan may 2022, aku decide nak bawa kereta ke semenanjung setelah aku berpindah ke KL selama 5 bulan.

nak tahu step? teruskan membaca dibawah ๐Ÿ‘‡

                                   1. Cari quotation
Ideal way untuk dapatkan harga murah, kena cari atleast 3 quoation untuk compare harga.  Antara shipping company yang korang boleh try tanya quotation adalah
i. Moverport & logistic
ii. Venturatrans &service
iii. Poskenderaan 

Setelah survey, pilih 1 company shipping yang korang nak.

                                    2. Surat Kebenaran Bank
Untuk kereta yang masih bayar kepada bank, korang kena buat surat kepada bank dimana korang buat loan tersebut. Kepilkan sekali quotation yang korang telah pilih dan hantar ke bank. Pada waktu itu, aku minta tolong adik yang berada di Sabah untuk wakilkan tetapi bank kata tak dapat bagi surat sebab nak cop jari dan bank bagi email dekat adik. kemudian, Aku email surat yang sama kepada staff bank tersebut dan terus dapat surat kebenaran dari bank.

Contoh surat bank korang boleh refer kat google~


                                    3. Sediakan dokumen lengkap
Setelah dapat surat bank, anda sediakan dokumen seperti ic, kad kereta, dan surat bank tersebut dan bagi kepada agent company shipping yang anda telah pilih tadi.

 

Shipping mengambil masa dalam 2 minggu, jadi masa tanya quotation tanya sekali jadual kapal sampai bila dan korang boleh plan sebaiknya. Terima kasih kepada En Fairuz Moverport & Logistic yang membantu saya sepanjang proses penghantaran kereta dari Sabah ke Semenanjung๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘.

 

 okay guys..thanks sudi baca.. see you in the next post!