Assalammualaikum semua dan selamat sejahtera :) selamat datang ~ hope this blog bring goods to all readers .. enjoy reading :)

Tuesday, 11 October 2022

Life at Ranau - 3 years missing from blog

Hi guys, after 3 years since 2018 aku kembali di blog tercinta.

Siapa tau rupanya dalam kesibukan aku mencari kerja pada tahun 2018, aku telah mendapat kerja sebagai asst purchasing di company construction. Aku diminta untuk bertugas di Ranau pada mac 2019 dan maka bermula lah kehidupan ku di tempat baru iaitu Ranau. 

Ranau aku boleh katakan suatu tempat yang special, beza berbanding kehidupan aku masa di belajar di Labuan dan Bangi. Mungkin kerana di Ranau aku memulakan kerja pertamaku dalam hidup. Sebagai seorang dewasa dan sebagai seorang yang mencari arah kehidupan.

Bertemu dengan pelbagai orang, masing-masing dengan personaliti yang bermacam-macam namun membawa memori yang sukar diungkap. Selamanya sebagai suatu kenangan yang tidak dapat dilupakan.
Sepanjang aku di Ranau, boleh aku katakan bakat menyanyi orang ranau sangat hebat biar perempuan mahupun lelaki. Setiap minggu ada sahaja acara karaoke ๐Ÿ˜‚.  

Keindahan Ranau pun cantik, kawasan bukit, dekat dengan kundasang, hari-hari nampak Gunung Kinabalu sehingga sesekali aku rindukan pantai di KK. Semasa aku di Ranau, aku tinggal di Taman Mamut Villa, di tempat itu, aku dapat tau tentang Lombong Mamut. Pemandangannya yang sangat cantik!

Tempat makan di Ranau pun best, KFC nya sahaja yang buat aku geram sebab tiada coleslaw tapi aku dengar tahun ni dah ada coleslaw tapi nda sempat aku rasa. Alahai. Mau makan di ranau, kena pandai pilih juga sebab mostly kedai adalah no pork tapi kau akan nampak ramai juga orang muslim makan. Antara kau ragu atau kau yakin.

Bila mau sebut pasal kerja, tempat aku kerja di ranau adalah di Tapak Projek MRSM Ranau. Masih lagi dalam pembinaan sejak tahun 2018 tanah dibuka. Cuaca sangat memainkan peranan dalam industri pembinaan. Aku dapat ilmu baru, pengalaman kerja yang sangat bermakna. Aku paling suka bukit belakang ofis sebab view dia sangat special bagi aku.

Bila aku mengimbau kembali kenangan, aku terfikir di manakah puncanya aku berpaling hati? adakah sejak covid yang menyebabkan seluruh industri terhenti termasuk company aku yang menyebabkan aku terkandas di Ranau sebab takda kenderaan nak balik rumah di KK, adakah disebabkan environment work yang aku rasakan toxic atau sebenarnya aku mengejar pekerjaan yang lain kerana aku tak tahan kerja yang seperti no life? Hurmmm....

Dec 2021, adalah bulan terakhir aku berada di bumi Ranau. Aku tidak teruskan contract, meninggalkan company bersama 6 orang lain juga yang pergi mengejar kerja lain. Gathering kerap minggu- minggu terakhir. Farewell yang tidak ku lupakan. Terima kasih semua. People left, memories stay. Terima kasih untuk kenangan, tunjuk ajar yang pasti ku bawa untuk kehidupan mendatang.

Cara hantar kereta dari sabah ke semenanjung - my own experience ~ 2022


picaxia2022


                       Hello guys, bertemu kembali setelah sekian lama...

Post kalini aku nak share pengalaman aku membawa kereta kesayangan dari Sabah ke Semenanjung. Berlaku pada hujung bulan may 2022, aku decide nak bawa kereta ke semenanjung setelah aku berpindah ke KL selama 5 bulan.

nak tahu step? teruskan membaca dibawah ๐Ÿ‘‡

                                   1. Cari quotation
Ideal way untuk dapatkan harga murah, kena cari atleast 3 quoation untuk compare harga.  Antara shipping company yang korang boleh try tanya quotation adalah
i. Moverport & logistic
ii. Venturatrans &service
iii. Poskenderaan 

Setelah survey, pilih 1 company shipping yang korang nak.

                                    2. Surat Kebenaran Bank
Untuk kereta yang masih bayar kepada bank, korang kena buat surat kepada bank dimana korang buat loan tersebut. Kepilkan sekali quotation yang korang telah pilih dan hantar ke bank. Pada waktu itu, aku minta tolong adik yang berada di Sabah untuk wakilkan tetapi bank kata tak dapat bagi surat sebab nak cop jari dan bank bagi email dekat adik. kemudian, Aku email surat yang sama kepada staff bank tersebut dan terus dapat surat kebenaran dari bank.

Contoh surat bank korang boleh refer kat google~


                                    3. Sediakan dokumen lengkap
Setelah dapat surat bank, anda sediakan dokumen seperti ic, kad kereta, dan surat bank tersebut dan bagi kepada agent company shipping yang anda telah pilih tadi.

 

Shipping mengambil masa dalam 2 minggu, jadi masa tanya quotation tanya sekali jadual kapal sampai bila dan korang boleh plan sebaiknya. Terima kasih kepada En Fairuz Moverport & Logistic yang membantu saya sepanjang proses penghantaran kereta dari Sabah ke Semenanjung๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘.

 

 okay guys..thanks sudi baca.. see you in the next post!

Wednesday, 25 April 2018

Manukan Island short trip 2018

Holaaaaa awak, 
menjengah semula kat blog ni setelah hampir nak setahun.



Harini aku nak kongsi pengalaman aku pergi ke Pulau Manukan Sabah pada bulan februari tahun ini. Dari dulu aku mahu pergi pulau tapi baru kali ini dapat jejak kaki kat pulau sekitar kota kinabalu. Aku nak kongsikan tips (x berapa nak tips sangat) based pengalaman aku. Sebelum itu, aku nak bagitau sebenarnya ada lagi 3 buah pulau sekitar pulau manukan yang mana korang cuma perlu bayar entry fee iaitu sebanyak rm5. Penjaga kaunter akan bagi korang pass masuk(mcm kupon) dan korang leh guna pass tersebut untuk masuk ke pulau lain dalam masa sehari sahaja ok!.

Ok next, aku nak share tips, tips ni mungkin sesuai untuk yang nak pergi pulau for the first time or untuk student macam aku.

1. Cari agent yang menawarkan trip ke pulau(lebih kurang macam travel agency la). For what? untuk dapatkan maklumat lanjut sebelum korang planning bajet kewangan. Macam group trip aku, kami dapatkan info dari seorang senior sekolah which is agent untuk trip ke pula-pulau area kota kinabalu. Takpun, bagi sesiapa yang nak direct ke jesselton point tu, boleh terus masuk dan cari la booth trip pulau. 

2. Bawa makanan dari rumah. Saya pasti korang tau yang pulau-pulau merupakan tempat pelancongan. Oleh itu makanan sangatlah mahal melainkan korang ada banyak bajet. Group saya pula masing-masing membawa makanan, ada yang bawa air untuk minum dan makan bersama-sama.

3. Aktiviti air. Mostly apa yang korang buat kat pulau adalah tanggungjawab diri sendiri. Korang nak mandi boleh menyelam ka apa tanpa menggunakan safety vest. Mostly aktiviti air seperti sea walking memerlukan safety tools yang mana anda perlu menyewa beberapa alatan. Even safety vest pun anda boleh sewa iaitu sejumlah rm10. Masa korang nak decide dengan agent kat booth yang disebutkan awal tadi, mereka akan tanya aktiviti apa yang korang nak main. Tipsnya kalau nak main air, sewa satu guna bergilir-gilir. Duit boleh share antara member okay sebab masing-masing guna. Jimat dan boleh main aktiviti air.

4. Pakaian. Pakaian ganti kena standby ada sebab korang memang akan basah. Masa aku pergi, aku kata kat group aku taknak mandi sebab nak ambil gambar pemandangan ja. Guyss, nasib aku bawa pakaian ganti sebab end up aku join juga group aku mandi laut hahaha. 

Okay guys, aku rasa ni sahaja tips aku yang dapat bagi berdasarkan pengalaman aku. Btw, untuk tambang kitorang haritu untuk student adalah RM 34 untuk satu pulau sahaja:
1)RM 21(tambang boat) , rate biasa RM23
2)RM 8(Cukai)
3)RM 5(Entrance Fee) 

Thanks sudi baca dan plan la trip pulau kamu sebaiknya. Untuk next trip aku share lagi di post yang lain.

Monday, 29 May 2017

26.05.2017

Assalammualaikum dan salam ramadan semua :)
Setahun dah tak jengah ke blok kesayangan ni huuu ~



            Pada tarikh 26/05/2017 secara formalnya fyp selesai yeayy..terasa kejap sahaja masa berlalu dan aku pun bakal menamatkan pengajian selama tiga tahun setengah. Feeling semua bercampur happy, sedihh lega, dan sebagainya.. selepas ni, aku akan g praktikal pulak :) doakan aku gais hee ~
Btw, sempena bulan ramadan ni aku nak ucapkan selamat berpuasa dan beribadah ! Fighting !

Monday, 27 June 2016

Giveaway Ramadhan dan Syawal by Asyu Asyura


      Assalammualaikum dan selamat sejahteraa to u olls ,


Jom dapatkan giveaway dari Kak asyu novelis dari blog Ceritera dari Otak Biasa !! Grab Cepatttttt

Tarikh tutup : 29/6/16

link : Giveaway by kak Asyu



Bila jiwa tinggalkan badan
maka nafas berhembus pergi
bila ada bulan ramadhan
maka mari sucikan diri  - :)

cc : http://www.zimosy.com/2016/04/pantun-ramadhan-lucu.html


see u guys later

Saturday, 30 April 2016

Buatmu Sahabatku Nor Animah Binti Saineh




Nor Animah Binti Saineh ( 1995-2016)

Di kala semua kelam,
Kau datang dengan senyuman,
Menyinari hari yang suram,
Dengan canda dan gurauan.

Animah,
Aku mengenali kau masa kita di form 1 ..aku masih ingat lagi waktu tu 
dibilik ko dengan lala..Masa tu aku bukan friendly mana pun tp aku classmate lala kan..hehe..
hurmmmmmmm......
Masa pun berlalu dengan pantas,aku dh makin kenal dengan kau..kita share story suka duka lg2 kalau ada miedaa..hahaax..kalau dirumah sukan kita la tu kan yg paling nda mo berkawad?hahaha..

Animah..you know what?? You have so much talent,creative and have such a brave and kind heart :)

Masa berlalu dan berlalu...
    aku masuk matrik kau masuk form 6 ..lost ctct .
    Aku hanya dengar cerita dari kau dari kawan-kawan kita..aku dengar kau sakit teruk :(

But, suatu hari kau datang mesej aku time cuti sem..masa tu aku dh msuk u dah..tw takk? masa ko mesej aku tu la ,aku excited sangat x thu knp..lama kot x jumpa ko..i miss you badly.

Masa kita keluar jalan-jalan di 1Borneo ,kita kluar bertiga..aku ko dgn bb ..ingat lagi weiii aku masa tuuu..kita main game suma ..jalan2 ..ko bawa aku jumpa daya ..Masa tu aku rasa ko la kwn yg x pernah lupa ngn kwn2..dan kita kluar 3 minggu berturut-turut setiap sabtu atau ahad :) kdg2 kita berdua ja g dating :)

Tapi...aku betul2 nda sangka itu hari terakhir kita jumpa..memandangkan aku study jauhh..huhu
Aku dapat tahuu ko sakit balik dari ika..masa tu aku jalan ngn ika..ika ckp ko msuk ICU dah dua minggu..aku terkjut wehh tp dlm masa yg sama aku harap ko akan ok..tp

Aku dapat khbr esoknya ko dh meninggal :(
Aku speechless .huhu

Animah,aku nak ucapkan terima kasih buat segalanya..Pengenalan singkat kita ni bermakna bagi aku ..Aku harap kau selalu berada dalam rahmatNya kat sana.

Thank You Sahabat,kau sentiasa di Hati aku .

Al-Fatihah.





Friday, 7 August 2015

Twenty Series



     
               Hyeee you all !!! Todayy 7 August was my precious borndateDayyy..hahax .There's a lot things happened since last year where i started my student life at Uni but for sure its a sweet memory .I need to face the fact that now i'm going to old and now in my twenty series..lol


               Learn to forgive and forget is not easy thing but to live in better way?
                                                          u NEED it !
For those who has wished ..Thank you so much(Jazakillah).I also got a present from my dearest even though not the nearest ..hehe you can see the pic..again Arigatouu :) :) :)

               Getting series doesnt mean you cant do anything anymore but make it so it can be the reason you can do anything.I just hope to get a better health .

               Last but not least,live you life to the fullest  >.<

Friday, 30 January 2015

HOPE



  Haiiii..hurmmm..harini hari yang agak sediyy bagi aku..hahax..baru kemarin post pasal rindu..harini peristiwa ni betul2 berlaku.

  Nanges?aku dah nangis td..tp mungkin aku terlalu sygkan dia dan aku leka sehingga mengabaikanNya..dan kau jauhkan dia dari aku..forgive me Allah..harini tajuk entry aku h.o.p.e
sebabnya aku still berharap kat dia..bhahaha..bodohkan aku?harini di waktu pagi dia gitau aku yang dia nak jaga ikhtilat kitorang setelah dia pergi ceramah ustaz tarbiah sentap semalam..ehehe..aku tau..dia bukanla alim orangnya..at least even tujuan dy pegi smlm bkn nk dgr ceramah tu..alhamdulillah dy dapat gak input dari ceramah tu..pagi ni buka wassep dy gtw sal ceramah tu dn dia kata kami x mnjaga ikhtilat ni..hehe..aku tw..tp begitu senangnya hati anak adam ditiup bisikan syaitan dn maybe nafsu sehingga menafikannya..teruk kan?
dy kata nk jaga ikhtilat kitorang ..aku? aku support je..sbb aku tw bnde tu betul kena jaga..inshaAllah..Ya Allah jaga la hati aku dan dia ..Andai ada jodoh antara kami ..biarlah disatukan kami dalam ikatan yang sah..mcm dia kata janji Allah tu pasti..

  Act aku sediyy ..tp knp aku nk sediyy ea?aku x kuat k?aku pernah minta kat dia untuk jaga ikhtilat ni dulu..tp hangat2 tahi ayam je..sekarang bila dia yang minta nk jaga..knp aku nk halang kan..even family masing2 dah kenal wlupun x pernh jumpa..itu bukan alasannya..mungkin dia org pertama bwt aku rasa cinta manusia itu kot smpai aku sediyy cmni..aku x jaga hati aku kan :(
xpe la..aku tw kmi berkawan bkn saja2 dan ada niat nk berkahwin ..tp aku juga tw..masing2 blom ready lagi dek diri masing3 y masih belajar..xpe la..biarlah sehingga tiba waktu tu..Allah yang jaga hati aku..cuma aku berharap sikit kat die..hehe


   Bila aku fikir balik2..mungkin ni adalah hasil dari doa sahabat2 aku ..yang nak terbaik untuk aku..yang nak aku sentiasa dirahmatiNya..mcm mna nk dirahmati klu aku asyik bwt y dlarangNya kan? nmpk x mksd sy..harini aku menangis mungkin esok2 Allah bg kegembiraan bwt aku...who knows? hehe..Doa aku semoga korang semua sentiasa dibwh lindunganNya.. Aku seorang insan yang mempunyai masalah hati dan aku harap orang boleh amik something useful dr kisah aku..bwt yang sentiasa doakan aku..terus doakan aku ya..sayang kamu :) Awakk..jaga diri bebaik k..jaga hati and MayAllahBlessyoualways >.<


 

Thursday, 29 January 2015

RINDU


Saat rasa rindu menerpa diriku,
Wajahmu yang muncul dibenakku,
Kau ilhamkanku dengan pelbagai peristiwa itu,
Yang mana kau sentiasa memberi semangat buatku.

Saat aku sepi melayari hidup,
Kau berikan aku senyuman manismu,
Tika aku hilang dalam dugaan,
Kau tarik peluk aku dalam dakapanmu,

Saat kau pergi tanpa aku,
Aku menangis meratapi dirimu,
Aku ingin kau kembali padaku.
Kerna rindu itu sering bertamu,

Andai kau ada melihat nukilanku ini,
Aku ingin kau tahu,
Kau mengajar aku erti rindu,
Kau mengajar aku mengenangmu,
Dengan itu aku harap kau juga merindui insan ini.

Wednesday, 21 January 2015

Cuti Sem #1

                                                                                   




Assalammualaikum..lama x post kat blog kesayangan nim..Sekarang dah masuk cuti sem yang first..dgr2 dpt result time cuti ni..hope ok la. :)
Masuk hari ni dah 5 hari aku official kat umahh..hehew
Saat kapal mendarat di airpot kk..aku senyum je..bhgia rasanya hati bila angin bayu bertiup..rindu sangat kat sabah..cuak gak sbb time penerbangan dia kata cuaca tak elok..huhu..berdebar rasa..

Sekarang kat umah ak asyik makan je..hahaha...suka sangat mkn sayur ...hehe..
gemuk tu comel..haha ,tetibe..
For sem 1 ni..bnyk sgt benda baru aku belajar..jumpa ramai orang ..hurm..ckp sal orang ni...haihh susah nk ckp..bnyk ragam dan perangai orang yang x pernah aku jumpa..tp korang tw x..itulaa orang2 yang memberikan aku peluang tuk merasa bagaimana kehidupan ni sebenarnya..perangai korang la yang menyebabkan aku semakin matang..semua peristiwa tu adalah proses kehidupan kan..

Hurmmm...cuti ni nk bwt apa ea?aku xda idea ni..hahax..ada suggestion??hehex..asyik masak makan ..hahax..k study lg ok?hehe..
kemarin jalan ngan elen..elen study kat pahang ..cuti ni dia bawa balik kwn dia org klang ..sian gak sbb x tw nk bawa jalan kemana..haritu kitorg jalan kat 1B..jalan2 je..ada gak dorg beli..aku plak beli barang dapur >.< hahax..
xpa ya..nt aku bawa jalan g kk pula..(x janji ar :p)

Tuk sapa2 yang cuti sekarang..happy holidayyy semua...lagi2 tuk mereka2 yang org sabah tp study kat luar sabah..mesti korang rindu sabah kan...muahaha..good luck semua tuk result nt.
La'alannajahma'ana :)







Friday, 24 October 2014

HiDuP Di PeRanTauaN




Assalammualaikum semuaaaaaa....rindunyaaa kat blog nimm..hehe.
"Hidup di perantauan?".Nampaknya begitulaaa...hehe..skrg ni aku bkn lagi duk d negeri bawah bayu..
tapi di bumi bangii..inshaaAllah demi meneruskan perjuanganku untuk mengejar sebuah kejayaan.,

Berada di sini aku merasakan betapa pantasnya berlalu...siyesss...cpt sgt..hurm
Bnyak juga yang telah berlaku sepanjang waktu ini..tapi alhamdulillah
aku ada kawan2 yang sentiasa support aku dari belakang..my usrahmate..thanks korg..

Mula-mula berada di sini..agak sukar juga untuk menyesuaikan diri..ye laaa...
macam2 yang difikir..hehe..cnthnyaa: "Dorg fhm x apa aku ckp" hehe..
makann di sini cmna..perghh makanan kat sini boleh thn suma pedas2 belaka..hoho
tp  lama2 dah biasa la kot..

Sekarang ni cuti midsem..dpt gakk mlpas rindu dkt blog tercintaa..hehe
sunyi je asrama..haha..xpe laa..ok jugaa kot..
aku dapat tw adik aku mohon matrikk kat semenanjung sbb aliran dy cma kat sini je ada..
hope dy dpt apa y dy inginkan..
Aku x dpt kos engineering tp aku bersyukur dapat kos ni gakk..semoga rezeki aku ada dlm bidang nii..well..apa y kita mw blum tentu y terbaik utk kita kan..hehe.

Jalan ini masih jauh..andai umur masih panjang..aku harap dapat berikan sesuatu untuk family aku..
something untuk diberi kpd agama,bangsa dan negara n especially tuk diri aku sendiri..hehe
Until then..doakan sy ya. ^^~

Untuk kengkawan semua...jaga diri bebaik..jaga kesihatan k..aku mungkin tidak mampu untuk mlwat korg..cma hny doa y mampu aku titipkan ..
Aku harap korg tabah..lg2 bila kita di tempat org..ok?

Last but not least,doakan sy di sini :)















Monday, 8 September 2014

precious air ^^~

     Udara.Alhamdulillah.Tika ini,aku bertemankan sebuah meja dibawah sinaran cahaya lampu yang menerangi ruangan ini. Sesaat yang lalu,aku tetiba berada dalam situasi ini apabila aku memikirkan tentang pokok + udara ..hehe..Bila aku memikirkan tumbuhan hijau dengan udara yang bertiupan dengan begitu sepoii...aku terasa seperti berada dalam deja vu..aiseh..Truly,aku pernah rasa perasaan tu masa aku kat asrama,sekolah.Its awesome! Ia buat  aku fikir betapa beruntungnya aku dapat menikmati yang Allah berikan.

     Angin/udara sesuatu yang tak dapat dilihat tapi dapat dirasa.And thats feeling is like a miracle..hehe..adakah itu hanya fantasi semata?aku x pastii..tapi yang pasti aku mahu dalam situasi itu sekali lagi.Cuba korang pejam mata bayangkan suatu tempat yang indah penuh dengan tumbuhan-tumbuhan hijau.Korang berada dibawah pohon yang besar,ditemani angin yang sepoi2 bahasa,fresh,rasa indah,bahagia menelusuri hati anda.Thats amazing ! Iwish i get the moment back.I love green.

Memandang langit itu 2 :)

    Petang itu,aku merenung ke luar tingkap. Sekali lagi. Melihat langit senja,begitu mengusik hati aku. Terasa sedikit nolstagik.Memandang langit itu meletakkan aku dalam situasi ini. Ingin menulis. Kali ini aku terfikir sesuatu . Sungguh,indah benar ciptaaan Tuhan. Aku berfikir akan usia yang semakin lanjut. Untuk sesaat,aku berfikir akan masa depan bumi yang semakin tua ini. Terasa betapa hidup ini singkat seiring dengan aku yang sedang meniti usia.Lucu pula. Aku memikirkan usiaku kala melihat langit itu. Mungkin,sebenarnya aku memikirkan tentang apa yang patut aku lakukan sepanjang aku bernafas di bumi ini.

   Senja itu,aku mengimbau kembali zaman kanak-kanakku hingga sekarang.Aku mula memikirkan masa depan,apa yang akan aku lakukan untuk bangsa,negara dan agamaku =)  i keep thinking about it..hurmm...

Memandang langit itu 1 :)

    Langit kelihatan cerah,seperti biasa. Aku melihat ke luar tingkap memerhatikan pergerakan manusia melakukan rutin harian mereka. Semua sibuk dan tergesa-gesa untuk pergi bekerja. Aku hanya melihat. Begitulah ragam manusia. Pagi mereka pergi bekerja,petang kembali pulang. Tika ini,aku rindukan seorang teman tu..andai dia ada saat ini.

    Aku mula menjalankan rutinku seperti biasa. Sesekali aku berfikir,memang hidup ini seperti ini?
aku mula merasa bosan duduk di rumah. Dah masuk beberapa bulan,aku pernah mencari tawaran-tawaran kerja kosong tapi ditolak oleh beliauku...urghhh..xkan duduk di rumah ja?kata hatiku..
Beberapa bulan yang berlalu membuatkan aku berfikir..masa berlalu dengan begitu pantas. Aku mula rasa seperti robot yang melakukan perkara yang sama setiap hari. Aku tak nak seperti ini ! aku pernah rasa ingin pergi jauh dari sini...keluar dari kehidupan ini tapi..bagaimana? ke mana akan aku pergi? huhu..


P/s : dh lma trsimpan di dalam hati..hehe

Wednesday, 9 July 2014

Boleh Bha Kalau Kau

Assalammualaikum...jom join giveaway nim  :)




          its just simple_click the picture k ^^~

              : : End by 13 July 2014 : :


Tuesday, 8 July 2014

Segment : Nak Kad Raya Dari Asyu




pengalaman berpuasa ??

     well...pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah ketika menyambut ramadhan 2013 masa kat matrik...dimana time tu...semua warga kolej berbuka beramai-ramai di dataran .of course banyak juadah yang disediakan dan menarik ...perghhh,best time tuu...even,banyak dugaan yang melanda pada bulan mulia tersebut..alhamdulillah semua kuat dan inshaAllah akan terus kuat ! hee ~






p/s : syg korang semua :D

tag : lynn , ika , mym


Giveaway 12jam : Saya nak kad raya by cik akak :)


Assalammualaikum minna ^^~ 


 
 Tamat penyertaan  : 9 Jul 2014 _2 a.m

   

Tuesday, 10 June 2014

~ Andai Esok Ada ~



Andai esok ada,
adakah aku akan terus bergelumang dosa,
menanti waktu ajalku tiba,
layakkah aku untuk ke syurga?


Andai esok ada,
terampunkah diri ini oleh semua,
siapkah imanku bila ditanya,
mampukah aku menjawab di alam sana?


Andai esok ada,
bahagiakah aku melihat dunia,
tenangkah jiwaku melalui semua,
tabahkah hatiku jika ia diduga?


Teman,
kau mengingatkanku akan kematian,
kau doakan aku akan kesejahteraan dan kebahagian,
kau sayangi aku tanpa batasan.


 Andai esok ada,
semoga rahmat Allah mengiringi hidupku,
semoga dengan ukhuwah menyinari hari2 ku,
ku harap dengan doa,
syurga menjadi tempat pertemuan kita di akhirat kelak.


#MuhasabahDiri #MayAllahblessUs





Friday, 16 May 2014

Selamat Hari guru 2014 ^^







    Assalammualaikum..16 Mei merupakan tarikh sambutan hari guru bagi cikgu-cikgu di seluruh malaysia x kira cikgu tadika ,cikgu sekolah rendah or sekolah mngah dan lain-lain...org yang mnympaikan ilmu kpd kita juga boleh dikatakan cikgu ..saayang cikgu!

     Tahun nim saya dan kawan-kawan menyambut hari guru di sekolah menengah kami dulu...
rindunyaaa kat cikgu-cikgu sumaaa....







    Kepada cikgu,teacher,ustaz,ustazah,sir,miss,madam..syukran dan jazakillah atas ilmu yang di curahkan selama nii..tidak dapat ku berikan apa-apa selain dari ucapan  TERIMA KASIH ,jasamu x dapat ku balas ttpi akan ttp ku kenang selamanyaa..^^ terima kasih kerana x putus mendoakan kamii..



1.Taska dan Tadika kodidik yayasan sabah (1999-2001)
2.Sk Gentisan (2002-2007)
3.Suis Likas (2002-2007)
4.Smka Inanam @ Tunas (2008-2012)
5.Kolej Matrikulasi Labuan (2013-2014)





Wednesday, 14 May 2014

Presentation! Presentation! Presentation !

 Rusydi Hashim

 Haiii...today i'm gonna share some tips ...nahhh...just two on how to make your presentation look better !
It's quite useful for a formal presentation,student like me..and the tips can be used until i work later...

  This tips i got from my lecturer..so,now this time, let me share it to you all...hee...

Okay,the FIRST tip is SHORT AND SIMPLE.
What i mean by that ?? short mean you do not have to write a long statement..just take the main point ..well,presentation is compulsory for you to speak.not just watch,you are the main character ,right? people will tend to listen to you..believe me..it work !
Just ensure the simplicity of your presentation and strong! :)

Next,the SECOND tip is LESS IS BETTER.
Let see..when you are doing your presentation using the power point..you like to add so many colour..unnecessary picture. animations..especially the girls..remember that you are no longer at elementary school..but you pre-university student..avoid using so many items in your presentation ok..! lets learn to be a good presentor..

This is some example for you..just an example..you can do better..!

http://nurulizzatisikar.files.wordpress.com/2013/09/bajau-presentation.pdf

ready to make your own presentation ?hehe..all the best for you all !